Undian

Laman Web Padi Hybrid ini membantu saya memahami apa itu yang dimaksudkan dengan padi hybrid
 

Sedang Online

We have 1 guest online
Padi hibrid pilihan baru negara
Written by Khairunnisa Sulaiman   
Wednesday, 11 February 2009

ImageBenih padi yang baik amat penting bagi menghasilkan padi dan beras bermutu tinggi dan dapat menghasilkan pulangan yang tinggi dan menguntungkan petani.

Bagi melaksanakannya, tiga pihak telah menandatangani perjanjian bersama iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Puncak Kaji Sdn. Bhd. dan Hubei Provencial Seed Company dari China.

Hubei Provincial Seed Company dipilih kerana ia adalah salah sebuah syarikat yang menerajui penghasilan benih hibrid di China. Benih hibrid ini telah digunakan di negara-negara seperti di Amerika Syarikat, Afrika serta beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Puncak Kaji Sdn. Bhd. pula adalah syarikat tempatan yang beroperasi di Pulau Pinang dan bertindak sebagai perantara yang akan membawa masuk teknologi penghasilan benih hibrid ke rantau Asia Tenggara.  

Last Updated ( Saturday, 21 February 2009 )
Read more...
 
Malaysia Dijangka Hasilkan Benih Padi Hibrid Sendiri Menjelang 2010
Written by Bernama   
Wednesday, 11 February 2009

ImageSERDANG, 16 Okt (Bernama) -- Menjelang 2010 Malaysia dijangka mampu menghasilkan benih padi hibridnya sendiri yang sekaligus dapat menjana peningkatan pengeluaran padi berkualiti serta memberikan pulangan lumayan kepada petani.

Pengerusi Lembaga Pengelola Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Zulkifli Idris berkata usaha itu sedang giat dijalankan oleh Mardi dengan dengan kerjasama pengeluar padi hibrid dari China.

"Kajian menggunakan beih padi hibrid dari China itu dijalankan Mardi dengan kerjasama Puncak Kaji Sdn Bhd di lima stesen penyelidikan Mardi di Seberang Prai, Kedah dan Selangor. Daripada enam jenis benih padi hibrid yang digunakan dua jenis daripadanya didapati sesuai digunakan untuk tanaman di Malaysia dan terbukti mampu meningkatkan hasil padi 30 peratus iaitu tujuh hingga sembilan tan sehektar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Last Updated ( Saturday, 21 February 2009 )
Read more...