Undian

Laman Web Padi Hybrid ini membantu saya memahami apa itu yang dimaksudkan dengan padi hybrid
 

Sedang Online

We have 10 guests online
Apa itu Padi Hybrid? PDF Print E-mail


Padi hibrid membawa maksud benih padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.

ImageSecara teknikal, ia membabitkan pemindahan debunga daripada satu induk pokok padi kepada satu lagi induk pokok padi yang dimandulkan bagi menghasilkan jenis padi baru.

Melalui kaedah hibrid, penghasilan padi dapat ditingkatkan sehingga 30 peratus berbanding padi biasa atau dikenali dengan istilah inbrid.

Dari segi benih, kaedah menggunakan 80 hingga 200 kilogram biji benih sehektar manakala hibrid hanya memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih sehektar sawah padi yang diusahakan.

Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi seperdu batang padi dengan biji padi melebihi 200 biji.

Berbanding padi biasa bagi seperdu batang padi adalah kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji dan hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar ia mampu mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima tan bagi padi biasa.