| Latar Belakang Projek Ladang Benih Padi Hybrid di Malaysia |
|
|
|
|
Langkah ini adalah sebagai satu persediaan awal kepada golongan petani yang bakal bersaing dengan hasil dan kualiti padi beras petani-petani luar negara menjelang perlaksanaan AFTA sepenuhnya nanti. Pasaran secara global bakal menarik para petani kita untuk berusaha mencapai kaedah dan pemindahan teknologi tani yang terkini dan mampan. Pendedahan awal haruslah diberi ruang tanpa sempadan sebagai pendidikan dan ilmu baru kepada para petani di Malaysia. Pihak syarikat Puncak Kaji Sdn Bhd telah mengambil tanggungjawab dan inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak MARDI bagi mengkaji viariti-viariti terbaru dari benih Padi Hybrid yang telah dikenalpasti bermutu tinggi yang sesuai ditanam mengikut profil tanah-tanah di kawasan jelapang padi seluruh Malaysia. Benih Padi Hybrid yang dikenalpasti oleh pihak MARDI adalah benih yang diimport daripada pihak Hubei China. Puncak Kaji Sdn. Bhd. telah dilantik oleh pihak Hubei China untuk bekerjasama dengan pihak MARDI bagi mengkaji potensi benih-benih Padi Hybrid ini. Pertukaran maklumat dan kerjasama di antara MARDI, Hubei China dan juga Puncak Kaji Sdn. Bhd. telah menghasilkan satu persetujuan kerjasama (MoU) bagi mewujudkan ladang benih Padi Hybrid di Malaysia. |

Ladang Benih Padi Hybrid 

